Telemovie adaptasi dari Novel

Kebelakangan ini banyak novel telah diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri, filem dan juga telemovie. Antara yang telah bersiaran adalah Gemersik Kalbu - Anis Ayuni, Bicara Hati - Damya Hanna, Ombak Rindu - Fauziah Ashaari, dan banyak lagi. Kebanyakannya aku tak follow pun.

Tapi ada satu novel karya Aisya Sofea berjudul Kau Untukku telah diterjemah dalam bentuk telemovie dan bersiaran di Astro Box Office lakonan Dira Abu Zahar dan Remy Ishak yang aku tonton dari mula sampai habis. Tapi perjalanan cerita tersebut tersangatlah mengecewakan. Menonton drama tersebut tidak rasa sampai di hati seperti membaca novel tersebut yang boleh diulang berulangkali.

Sayangnya novel yang menarik ini telah diterjemah dengan keadaan yang mengecewakan.


"Rahsia di hati tak siapa yang tahu'


.....

Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tetap tidak berguna. Begitulah juga dengan jiwa yang mati; betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, namun tanpa al-Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibukan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada oenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam dan kebimbangan tanpa kesudahan akan sentiasa menanti buat pemburu pemburu dunia yang lupakan al-Quran!

Source - DI MANA DIA DI HATIKU, Pahrol Mohd Juoi

pic : carian di Google