KEK HARI JADI - TREAT MY OWN SELF

24 AUGUST


Adalah hari jadi atau hari lahir saya... yang ke 38 tahun.. Moga moga semua urusan saya di permudahkan oleh ALLAH.

Dah tua kan.. Tapi masih membahasakan diri sendiri dengan panggilan adik bila bersama ahli keluarga terdekat.. 

Hari ini beli kek untuk meraikan hari lahir sendiri sebab belum dapat sebarang kek dari sesapa.. 


Kek kegemaran saya adalah cheese.. Yang ini perasa cappucino cheese.. Beli di Secret Recipe AEON Wangsa Maju. Kopi pun kegemaran saya.. Jadi kopi dan cheese adalah kombinasi terbaik yang sangat saya suka.. Beli satu slice je.. Untuk makan sorang.. beli sebiji jenuh juga nak menghabiskannya.. mau berbulan bulan atau bertahun.. hehehhhe. Nak jemput makan sama pun dah habis...

Ok. Lepas makan kek yang lemak berkrim disukai ramai ni , ambil lah Lecithin Shaklee dan Alfalfa Complex Shaklee. Untuk apa ya?.. Bakar semula lemak dan detox benda benda yang tak elok untuk kesihatan ya.. 

Motif gambar? Saja suka suka buat photoshoot dan buat poster.. Tu ada no phone saya tu.. Untuk order barang Shaklee lah dari saya.. 



Dapat hadiah telekung dari staff saya.. sebenarnya saya yang minta sendiri ok sebab tak payah lah dia pikir pikir nak beli apa lagikan..Terima kasih kak Timah!

Hadiah buku tu dapat dari orang yang tak di jangka.. cuba teka cuba teka? Adik ni pelanggan Shaklee saya.. Ohhh sungguh tak sangka ya.. Dan buku adalah salah satu benda yang sangat saya suka.. Beli beli kumpul.. Dan bercita cita hendak membina sebuah perpustakaan mini di rumah saya nanti!!!



1 comment:

  1. Happy belated birthday. Terima kasih sudi datang dapur saya.

    ReplyDelete