Cara Menyimpan Vitamin - Kaedah 1

Kaedah 1 - Elakan Kelembapan


Vitamin dan makanan tambahan telah menjadi satu kompenen penting dalam rejimen kesihatan dan juga dalam diet sebahagian orang ramai masakini. Anda bagaimana? Ramai orang menggunakan vitamin dan makanan tambahan untuk mengisi lompang lompang  dalam diet seharian mereka. Tambahan lagi amat sukar untuk mendapatkan produk segar yang bebas bahan kimia dewasa ini. Walau bagaimanapun, vitamin dan makanan tambahan boleh jadi mahal harganya, jadi adalah amat penting untuk memastikan bahawa anda menyimpan dengan cara dan kaedah yang betul bagi mengelakkan pembelian anda menjadi pembaziran.

1. Elakan Menyimpan Di Dalam Peti Sejuk

Untuk mengekalkan potensi optimum vitamin dan makanan tambahan, perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Walaupun peti sejuk adalah tempat yang sejuk dan gelap, ia penuh dengan kelembapan yang mana boleh mengurangkan jangka hayat dan keberkesanan vitamin atau makanan tambahan tersebut. Ianya disebut sebagai satu proses dikenali sebagai deliquescence.

Keadaan yang terlalu lembap boleh membuat kapsul melekat diantara satu sama lain dan boleh mengurangkan keberkesanan vitamin. Oleh yang demikian, peti sejuk hanya boleh digunakan untuk menyimpan makanan tambahan atau vitamin yang secara khusus memerlukan penyejukan seperti yang tertera dilabel.





2. Elakan Menyimpan Di Bilik Mandi.

Menyimpan vitamin dalam bilik mandi akan mendedahkan mereka kepada haba dan kelembapan secara kerap, walaupun ianya di simpan dalam kabinet ubat. Ini boleh dan akan mengurangkan kualiti dan jangkahayat vitamin dan makanan tambahan tersebut. Ini bermakna anda mungkin tidak akan mendapat semua nutrisi yang anda telah bayar! Di samping itu, membuka dan menutup vitamin juga makanan tambahan di kawasan lembap akan memerangkap sedikit kelembapan ke dalam botol atau bekas tersebut.




3. Elakan Menyimpan Di Dapur 

Kebanyakan vitamin dan makanan tambahan diambil bersama dengan makanan. Jadi pilihan untuk menyimpan di dapur dan ruang makan mungkin kelihatan logik kerana memudahkan anda mengingatkan diri anda untuk mengambilnya.

Walau bagaimanapun, permasalahan dengan menyimpan vitamin di dapur adalah, suhu dan kelembapan di dapur naik dan turun ketika anda menggunakan ketuhar dan dapur memasak.

Tambahan pula, banyak kelembapan dan lemak berwap di dapur, yang cenderung untuk terkumpul pada tablet dan kapsul anda.

Sebaiknya simpan vitamin dan makanan tambahan anda di bahagian dapur kering.




4. Penyimpanan Di Bilik Tidur

Pastikan vitamin dan makanan tambahan yang di simpan di dalam bilik tidur adalah jauh dari cahaya matahari. Bilik tidur ini mungkin adalah tempat yang terbaik untuk menyimpan vitamin dan makanan tambahan kerana terdapat beberapa perubahan dalam kelembapan, dan bilik tidur yang biasanya sejuk dan kering.

Pastikan untuk tidak mendedahkan vitamin dan makanan tambahan dari tingkap terbuka dan cahaya matahari, yang akan merendahkan potensi dan kualiti produk tersebut. Dalam masa yang sama, jauhkan dari capaian kanak-kanak.




Artikel ini diterjemah dari Wiki How. Sila rujuk di sana jika terdapat kekeliruan atau kita boleh berdiskusi bersama! 

Nak order vitamin? Hubungi saya, 
Azira 0133639553



No comments:

Post a Comment